|
Perjanjian Perkhidmatan Ziddu.com ini ( "Perjanjian") menghuraikan terma dan syarat yang Ziddu.com ("kami" atau "syarikat kami") menawarkan perkhidmatan kepada anda ("Pelanggan" atau "Anda") berdasarkannya. Dengan mendaftar dengan atau menggunakan perkhidmatan Ziddu.com, Pelanggan bersetuju untuk diikat oleh terma dan syarat berikut.
1.Kelayakan untuk Perkhidmatan Ziddu.com.
Perkhidmatan kami disediakan hanya kepada individu dan entiti perniagaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada entiti milik perseorangan) yang mempunyai kedudukan sah dari segi undang-undang yang baik yang boleh mengikat kontrak yang sah di bawah undang-undang yang berkuat kuasa. Pelanggan adalah dengan ini mewakili dan menjamin bahawa ia telah dilesenkan dengan sewajarnya untuk melaksanakan perniagaan dan mempunyai kedudukan yang sah dari segi undang-undang dalam bidang kuasa ia melaksanakan perniagaan (semasa tempoh Perjanjian ini) yang bukan menjadi pesaing kepada Ziddu.com dan bahawa individu yang bersetuju dengan Perjanjian untuk Pelanggan ini berusia sekurang-kurangnya lapan belas tahun dan sebaliknya mampu dan diberi kuasa untuk memasuki kontrak yang mengikat bagi pihak Pelanggan.
2.Perkhidmatan Ziddu.com
Tertakluk pada terma dan syarat Perjanjian ini, Ziddu.com memastikan Perkhidmatan tertentu disediakan kepada Pelanggan. Untuk tujuan Perjanjian ini: (a) "Pelanggan" (atau "anda") bermaksud individu atau entiti perniagaan yang menggunakan atau mendaftar untuk menggunakan Perkhidmatan ini, termasuk pekerja dan ejen (b) Ziddu.com "Perkhidmatan" bermaksud perkhidmatan elektronik atau interaktif seperti ini yang disediakan oleh Ziddu.com. Ziddu.com Online berhak untuk menukar atau menghentikan mana-mana Perkhidmatan ini pada bila-bila masa.
3. Pemilikan
Anda mengakui bahawa kesemua bahan (kecuali yang dimuat naik oleh pengguna) yang disediakan pada tapak Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat, dokumen, produk, logo, grafik, bunyi, gui, perisian, dan perkhidmatan (secara kolektif "Bahan"), disediakan oleh sama ada Ziddu.com atau oleh penulis pihak ketiga masing-masing, pembangun dan penjual (secara kolektif "Pembekal Pihak Ketiga") dan hak milik intelektual yang mendasarinya dimiliki oleh Ziddu.com dan/atau Pembekal Pihak Ketiganya. Unsur tapak Web ini dilindungi oleh undang-undang penampilan dagangan (trade dresss) serta undang-undang lain dan tidak boleh disalin atau ditiru secara keseluruhan mahupun sebahagian. Ziddu.com, logo Ziddu.com dan produk Ziddu.com lain yang dirujuk dalam dokumen ini adalah tanda dagangan Ziddu.com, dan mungkin didaftarkan dalam bidang kuasa tertentu. Kesemua nama produk, nama syarikat, tanda, logo, dan simbol lain mungkin adalah tanda dagangan bagi pemiliknya masing-masing.
4. Maklumat Pengguna
Pelanggan mewakili dan menjamin bahawa maklumat yang mereka sediakan dalam borang maklumat kenalan Ziddu.com adalah benar, tepat, terkini dan lengkap. Pelanggan bersetuju untuk mengekal dan mengemas kini maklumat ini untuk memastikan yang ia adalah benar, tepat, terkini dan lengkap. Jika, pada bila-bila masa, maklumat yang disediakan oleh Pelanggan tidak benar, tidak tepat atau tidak lengkap, Ziddu.com berhak menggantung atau menamatkan akaun Pelanggan dan Perjanjian ini.
5. Akaun Pengguna
5.1 Pengguna Berdaftar
Pelanggan boleh menugaskan sesiapa sahaja untuk bertindak sebagai ejennya untuk menggunakan Perkhidmatan, dengan syarat setiap orang yang ditugaskan mempunyai keupayaan di sisi undang-undang untuk memasuki perjanjian bagi Pelanggan. Selanjutnya, Pelanggan menggambarkan dan menjamin bahawa setiap orang yang mendaftar di bawah akaun Pelanggan adalah ejen berdaftar Pelanggan (seorang "Pengguna Berdaftar") yang memiliki keupayaan di sisi undang-undang tersebut.
5.2 Tanggungjawab bagi Akses
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sebarang dan semua akses kepada dan penggunaan Perkhidmatan (termasuk semua aktiviti dan urus niaga) oleh mana-mana Pengguna Berdaftar dan/atau ID Pengguna yang didaftarkan di bawah akaun Pelanggan, melainkan akses kepada atau penggunaan Perkhidmatan adalah hasil langsung semata-mata disebabkan oleh kecuaian melampau Ziddu.com. Adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan menerusi Pengguna Berdaftar pentadbir sistemnya, untuk menyediakan akses yang sesuai untuk setiap Pengguna Berdaftar Pelanggan.
5.3 Tanggungjawab bagi ID dan Kata Laluan Pengguna
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat akses Pelanggan, iaitu ID akaun dan kata laluan Pengguna Berdaftar, dan bertanggungjawab untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda.
5.4 Pemberitahuan Penggunaan Tidak Dibenarkan
Pelanggan akan memaklumkan Ziddu.com dengan segera jika Pelanggan mendapati sebarang aktiviti yang menunjukkan bahawa akaun atau data Pelanggan digunakan tanpa kebenaran, termasuk: (a) Pelanggan telah menerima pengesahan pesanan atau pesanan yang dibuat menggunakan akaun Pelanggan yang Pelanggan tidak melakukan atau sebarang laporan bercanggah yang serupa b) Pelanggan menyedari tentang penggunaan tanpa kebenaran sebarang produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun.
6. Data Pelanggan
Pelanggan mempunyai tanggungjawab dan liabiliti tunggal bagi data yang ia simpan pada pelayan Ziddu.com. Pelanggan mengawal data mereka menerusi pautan terjananya. Ziddu.com menggalakkan Pelanggan untuk mengarkibkan data mereka secara tetap dan Pelanggan sering memikul tanggungjawab bagi pengarkiban data mereka dan liabiliti tunggal untuk sebarang data yang hilang atau tidak boleh dipulihkan. Pelanggan bersetuju untuk mengekalkan data mereka mengikut kewajipan undang-undangnya. Ziddu.com akan menghapuskan data Pelanggan sejurus penamatan Perjanjian ini.
7. Penggunaan Boleh Terima
Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan Ziddu.com untuk:
a. memuat naik, mengepos, menghantar e-mel, menghantar atau di sebaliknya menyediakan sebarang Kandungan yang menyebarkan mesej yang menggerunkan atau yang menggambarkan penyeksaan atau kematian-gui jika cukup serius, kandungan tersebut akan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau ISP ahli akan dihubungi
b. membahayakan individu di bawah umur dalam apa jua cara pun, ini termasuk sebarang bentuk pornografi kanak-kanak jika cukup serius, kandungan akan dilaporkan kepada pihak berkuasa undang-undang yang berkaitan dan/atau ISP ahli akan dihubungi.
c. memuat naik, mengepos, menghantar e-mel, menghantar atau sebaliknya menyediakan sebarang Kandungan yang melanggar sebarang paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, hak cipta atau hak milik proprietari lain mana-mana pihak.
8. Kandungan Melanggar Undang-Undang/Dewasa
Ziddu.com tidak bersetuju mahupun membenarkan kandungan laman atau transmisi data yang mengandungi bahan yang melanggar undang-undang atau lucah atau merangsang atau menggalakkan aktiviti yang melanggar undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada, berjudi, menawarkan jualan senjata haram, dan promosi atau penerbitan apa-apa bahan yang boleh melanggar perundangan jenayah berkaitan kebencian.
Ziddu.com berhak untuk menggantung atau menamatkan sebarang akaun atau penghantaran/penyiaran yang mencabuli dasar ini, tanpa notis awal.
Di samping itu, sekiranya Pelanggan mencabuli dasar ini, Ziddu.com secara aktif akan membantu dan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang dan pihak berkuasa kerajaan dalam mengutip dan memberi maklumat tentang Pelanggan, tapak Pelanggan, kandungan menyalahi undang-undang atau lucah, dan mereka yang telah mengakses, memperoleh atau menggunakan kandungan menyalahi undang-undang atau lucah secara tidak betul.
Pelanggan tidak dibenar melakukan atau membenarkan tindakan yang salah atau merosakkan yang mewajarkan tindakan sivil termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menghantar maklumat berunsur fitnah, skandal atau peribadi tentang seseorang tanpa kebenaran mereka atau dengan sengaja menyebabkan penderitaan emosi.
9. Akses dan Gangguan
Pencabulan atau percubaan untuk mencabul sistem Ziddu.com atau untuk mengganggu perkhidmatan Ziddu.com adalah dilarang sama sekali, dan boleh mengakibatkan liabiliti jenayah atau sivil. Contoh pencabulan sistem termasuk, tanpa had:
(a) Akses tanpa kebenaran kepada atau penggunaan Perkhidmatan Ziddu.com, termasuk sebarang percubaan untuk menyiasat, mengimbas atau menguji pendedahan kelemahan sistem atau melanggar langkah-langkah keselamatan atau pengesahan tanpa kebenaran nyata Ziddu.com atau
(b) Campur Tangan dengan Perkhidmatan kepada sebarang pelanggan atau rangkaian termasuk, tanpa had, pembanjiran, atau secara sengaja mencuba untuk membebankan sistem dan serangan penyiaran atau
(c) Penggunaan sebarang peranti, perisian atau rutin untuk mengganggu atau mencuba untuk mengganggu dengan fungsi kerja yang betul Perkhidmatan atau
(d) Sebarang tindakan yang memaksa muatan berat yang tidak munasabah atau tidak seimbang ke atas infrastruktur Ziddu.com
Pelanggan tidak dibenarkan membuang susunan, menyahhimpun, menyahsulitkan, mengeluarkan, membina terbalik atau sebaliknya mencuba untuk mendapatkan kod sumber "alat perisian" (termasuk alat, kaedah, proses dan infrastruktur) yang mendasari Perkhidmatan atau lain-lain perisian pada tapak Web Ziddu.com.
10. Pelanggaran Hak Cipta atau Tanda Dagangan
Perkhidmatan Ziddu.com hanya boleh digunakan untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang. Transmisi, pengedaran atau penyimpanan mana-mana bahan yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa, termasuk undang-undang kawalan eksport, adalah dilarang. Ini merangkumi, tanpa had, bahan yang dilindungi oleh paten, hak cipta, tanda dangangan, tanda perkhidmatan, rahsia dagangan atau hak milik harta intelektual lain. Sekiranya anda menggunakan bahan pihak lain, anda hendaklah memperoleh kebenaran terlebih dahulu. Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda mewakili dan menjamin bahawa anda adalah penulis dan pemilik hak cipta dan/atau lesen yang betul berkaitan mana-mana kandungan yang dihos dan anda mewakili dan menjamin selanjutnya bahawa tiada kandungan yang melanggar tanda dagangan atau hak mana-mana pihak ketiga. Ziddu.com berhak untuk menggantung atau menamatkan transmisi Pelanggan yang, menurut budi bicara Ziddu.com, melanggar dasar ini atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan.
11. Penyalahgunaan Sumber Sistem
Pelanggan tidak dibenar menyalahgunakan sumber sistem termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menggunakan kandungan yang mengambil masa CPU yang banyak atau ruang simpanan yang menggunakan jalur lebar yang banyak atau menjual semula akses kepada kandungan yang dihoskan pada pelayan Ziddu.com.
12. Lain-lain Aktiviti
Sama ada menurut undang-undang atau tidak, Ziddu.com berhak untuk menetapkan perkara yang memudaratkan Pelanggan, operasi atau reputasinya, termasuk apa-apa aktiviti yang menyekat atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan dan menikmati Perkhidmatan ini atau Internet.
Sila ketahui bahawa Ziddu.com berhak untuk membatalkan sebarang akaun atau transmisi yang mereka dapati melanggar mana-mana dasar yang dinyatakan di atas. Jika wajar, Ziddu.com akan merujuk aduan kepada pihak berkuasa penguat kuasa undang-undang, dan dalam keadaan seperti ini, Ziddu.com akan membantu agensi penguat kuasa undang-undang dengan penyiasatan dan pendakwaan mana-mana aktiviti seperti ini, termasuk menyerahkan akaun dan maklumat data Pelanggan.
Aduan tentang pencabul Dasar kami hendaklah dihantar melalui e-mel kepada admin@Ziddu.com, dengan tajuk sebagai 'Abuse (Penyalahgunaan)'. Setiap aduan akan disiasat dan mungkin menyebabkan pembatalan segera Perkhidmatan tanpa notis terdahulu.
13. Tiada Waranti
Anda memahami dan bersetuju secara nyata bahawa: (a) penggunaan Perkhidmatan ini oleh anda adalah atas risiko tunggal anda sendiri. Perkhidmatan Ziddu.com disediakan atas dasar "seperti yang ada" dan "seperti yand disediakan". Ziddu.com dan pembekalnya, secara sepenuhnya setakat yang diizinkan oleh undang-undang, menafikan kesemua waranti, termasuk tetapi tidak termasuk waranti tajuk, keupayaan untuk tujuan tertentu, kebolehniagaan dan tanpa pelanggaran hak proprietari atau pihak ketiga. Ziddu.com dan pembekalnya tidak membuat sebarang waranti mengenai ketepatan, kebolehpercayaan, kelengkapan, atau ketepatan masa Perkhidmatan, perisian, atau kandungan kami (b) Ziddu.com tidak membuat waranti bahawa (i) Perkhidmatan ini akan memenuhi keperluan anda, (ii) perkhidmatan ini tidak akan terganggu, tepat pada masanya, selamat, atau bebas daripada ralat, (iii) hasil yang mungkin diperoleh daripada penggunaan perkhidmatan ini akan tepat atau boleh dipercayai, (iv) kualiti mana-mana produk, perkhidmatan, maklumat, atau bahan lain yang dibeli atau diperoleh oleh anda melalui Perkhidmatan ini akan memenuhi jangkaan anda, dan (v) apa-apa ralat dalam perisian akan dibetulkan (d) apa-apa bahan yang dimuat turun atau sebaliknya diperoleh melalui penggunaan Perkhidmatan ini dilakukan menurut budi bicara dan risiko anda yang anda akan bertanggungjawab secara sendiri atas apa-apa kerosakan pada sistem komputer atau kehilangan data anda yang diakibatkan oleh muat turun mana-mana bahan seperti ini (e) tiada nasihat atau maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, yang diperoleh oleh anda daripada atau melalui kami atau daripada Perkhidmatan ini adalah mewujudkan apa-apa waranti yang tidak diungkapkan secara nyata dalam terma dan syarat ini.
14. Ganti rugi
Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung kerugian, dan memastikan Ziddu.com, gabungan, pegawai, pengarah, pekerja dan ejennya tidak dimudaratkan, oleh dan terhadap apa-apa tuntutan, tindakan atau perintah, termasuk tanpa had, fi guaman yang munasabah, atas dakwaan atau hasil daripada penggunaan Perkhidmatan ini, dan pelanggaran Perjanjian ini atau dasar, terma dan syarat Ziddu.com lain, oleh anda.
15. Pembatasan Liabiliti
Penggunaan Ziddu.com anda adalah atas risiko anda sendiri. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mana-mana aspek Perkhidmatan kami atau dengan terma & syarat ini, atau jika mana-mana peraturan atau dasar lain, remedi tunggal anda adalah untuk berhenti menggunakan Perkhidmatan ini. Anda memahami dan bersetuju secara nyata bahawa Ziddu.com tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan langsung, tidak langsung, sampingan, khas, penting sebagai contoh, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan bagi kerugian keuntungan, muhibah, penggunaan, data atau kerugian tidak ketara lain (meskipun kami telah dinasihati mengenai kemungkinan kerosakan seperti ini), yang diakibatkan daripada: (I) penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan Perkhidmatan (II) kos pemerolehan barangan dan perkhidmatan gantian yang terhasil daripada mana-mana barangan, data, maklumat atau perkhidmatan yang dibeli atau diperoleh atau mesej yang diterima atau urus niaga yang dimasuki melalui atau daripada Perkhidmatan ini (III) akses yang tidak dibenarkan atau pemindaan transmisi atau data anda (IV) kenyataan atau kelakuan mana-mana pihak ketiga mengenai perkhidmatan ini atau (V) apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan ini.
16. Pengubahsuaian kepada Perjanjian, Dasar atau kepada Perkhidmatan kami
Kami berhak untuk menukar Perjanjian Perkhidmatan ini pada bila-bila masa tanpa notis. Kami juga berhak untuk mengubah suai atau menamatkan Perkhidmatan ini pada bila-bila masa, secara sementara atau kekal, dengan atau tanpa notis kepada anda. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas apa-apa pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan Perkhidmatan ini. Anda memperakui bahawa kami boleh mewujudkan amalan dan had umum berkaitan penggunaan Perkhidmatan ini, termasuk ruang cakera maksimum yang akan diperuntukkan pada pelayan Ziddu.com bagi pihak anda, dan bilangan maksimum (dan tempoh maksimum yang) anda boleh mengakses Perkhidmatan ini dalam sesuatu masa. Ziddu.com berhak untuk mengurangkan pembayaran pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
17. Penghentian
Tanpa mengehadkan remedi lain, Ziddu.com boleh secara serta merta mengeluarkan amaran, menggantung (iaitu, mengunci keluar akses dan operasi Perkhidmatan bagi Pelanggan) sama ada secara sementara atau bagi tempoh masa yang tidak pasti, atau menamatkan akaun Pelanggan dan enggan menyediakan Perkhidmatan kepada Pelanggan jika: (a) Ziddu.com meyakini bahawa Pelanggan telah melanggar atau bertindak secara tidak konsisten dengan Perjanjian ini, atau mana-mana dasar kami atau (b) Pelanggan telah gagal membayar fi atau pembayaran lain yang genap masanya kepada Ziddu.com atau (c) Ziddu.com tidak dapat mengesahkan atau menentusahkan mana-mana maklumat yang Pelanggan berikan kepada Ziddu.com atau (d) Ziddu.com meyakini bahawa tindakan Pelanggan boleh mengakibatkan liabiliti undang-undang kepada Pelanggan, klien Ziddu.com yang lain, atau Ziddu.com.
Ziddu.com juga boleh menurut budi bicara tunggalnya dan pada bila-bila masa menamatkan penyediaan Perkhidmatan ini, atau mana-mana bahagian daripadanya, dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa apa-apa penamatan akses anda kepada Perkhidmatan ini di bawah mana-mana peruntukan terma dan syarat ini boleh dilaksanakan tanpa notis terlebih dahulu, dan mengakui dan bersetuju bahawa Ziddu.com boleh menyahaktifkan, mengarkib atau menghapuskan akaun anda dan kesemua maklumat dan data yang berkaitan secara serta merta dan/atau akses lanjut kepada data seperti ini atau Perkhidmatan ini. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa Ziddu.com tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga bagi apa-apa penamatan akses anda kepada Perkhidmatan ini.
Apabila Perjanjian ditamatkan sama ada oleh Pelanggan atau Ziddu.com, semua hak Pelanggan di bawah Perjanjian ini dan penyediaan perkhidmatan Ziddu.com, akan tamat dengan serta merta.
18.Perhubungan
Pelanggan dan Ziddu.com adalah kontraktor bebas, dan tiada perhubungan agensi, perkongsian, usaha sama, pekerja-majikan atau penerima francais-francaisi dimaksudkan atau dicipta oleh Perjanjian ini.
19.Penugasan
Pelanggan mungkin tidak menyerahkan mana-mana haknya, atau menugaskan kuasa mana-mana tanggungjawabnya, di bawah Perjanjian ini, dan sebarang penugasan percubaan adalah batal dan tidak sah.
20. Force Majure
Operasi Perkhidmatan kami mungkin diganggu oleh berbagai faktor di luar kawalan kami dan kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk apa-apa kelewatan atau kegagalan dalam prestasi di bawah Perjanjian ini yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh sebab-sebab yang melampaui kawalan Ziddu.com.
21.Pentafsiran
Jika sebarang peruntukan Perjanjian ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan itu akan dikeluarkan, dengan penuh teliti, dan peruntukan yang selebihnya akan dikuatkuasakan. Tajuk hanyalah untuk rujukan sahaja dan tidak akan dalam apa-apa cara sekali pun, mentakrif, membataskan, mentafsirkan atau memerihalkan skop atau takat bahagian tersebut.
22. Maklumat Sulit Ziddu.com
Anda mewakili dan memberi jaminan kepada Ziddu.com bahawa (a) anda bukan pesaing Ziddu.com, (b) anda hendaklah memastikan maklumat dan bahan yang tidak diumumkan kepada khalayak umum berkaitan Ziddu.com, perisian pra-terbit, ujian atau prosedur, sebagai benar-benar rahsia dan c) anda tidak boleh menggunakan mana-mana maklumat yang diperoleh daripada akses kepada tapak Web Ziddu.com untuk bersaing dengan Ziddu.com dalam perniagaannya.
23. Pengecualian
Melainkan perjanjian lain atau terma yang muncul pada tapak web, Perjanjian ini mengemukakan pemahaman keseluruhan dan perjanjian antara kami yang berkaitan dengan isi kandungan.
Maklumat Tambahan
Sebarang soalan yang berkaitan dengan Perjanjian Undang-undang dan Dasar kami boleh dihantar kepada admin@Ziddu.com, bertajuk Undang-undang.
|